![]() |
| PELAN PERPADUAN USM DOCTOR OF MEDICINE USM DOCTOR OF DENTAL SURGERY |
Ketua/Wakil Pelajar Tahun Satu,
Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan Darul Naim. 29 OKTOBER 2011
PELAN PERPADUAN - PELAJAR TAHUN SATU USMKK
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Oleh sebab perbezaan dari segi lokasi pembelajaran dan mentaliti sesetengah pihak, isu jurang antara anggota PPSP SG dengan PPSK telah lama wujud di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. Fenomena ini adalah tidak sihat dan saya mempercayai sudah tiba masanya kita sebagai pemimpin, mengorak langkah dengan memulakan lembaran yang baru.
3. Sehubungan dengan itu, saya yakin bahawa saudara mempunyai pelbagai pendapat yang baru malahan matang. Oleh itu, pandangan saudara amat diperlukan dalam merealisasikan usaha mulia ini. Satu sesi pertemuan antara pemimpin juga wajar diadakan sebagai sesi perkenalan dan permulaan medan pertukaran pandangan. Dengan ini, saya mengajak saudara sekalian untuk menyertai makan malam bersama-sama yang dipercayai dapat mencetuskan sesuatu yang istimewa pada ketetapan berikut:
Tarikh : 01 November 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.30 p.m. hingga 9.45 p.m.
Lokasi : Pizza Hut di hadapan USMKK
4. Komitmen saudara-saudari semestinya bakal menjadi perintis kepada usaha-usaha yang lebih hebat dan bermanfaat kepada kawan-kawan kita.
Sekian, terima kasih. Salam Satu Malaysia.
“BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH”
__________________
(CHAI RONG YAO)
Ketua/Wakil Pelajar Tahun 1,
Pusat Pengajian Sains Pergigian
s.k. : Ketua/Wakil:
- Kursus Doktor Perubatan
- Kursus Sarjana Muda Bioperubatan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Sinaran Perubatan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Audiologi (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Forensik (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Patologi Pertuturan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Sains Senaman & Sukan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan (Kepujian)
- Kursus Sarjana Muda Pemakanan (Kepujian)
- Diploma Kejururawatan Tahun Satu
- Diploma Kejururawatan Tahun Dua

No comments:
Post a Comment