Ketua/Wakil Pelajar Tahun Satu,
Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Kampus Kesihatan Universiti
Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan Darul Naim. 14 NOVEMBER 2011
PELAN
PERPADUAN (PANDUAN) - PELAJAR TAHUN SATU USMKK
Dengan segala
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Surat bertulis ini merupakan jaminan
keikhlasan saya sebagai ketua dan wakil pelajar pergigian tahun satu dalam
usaha menjalinkan hubungan baik malahan lestari di samping merapatkan jurang
antara anggota ketiga-tiga pusat pengajian.
3. Dengan ini, senarai cadangan atau
panduan yang dipercayai dapat mendekatkan kita daripada matlamat kita – PERPADUAN, telah dilampirkan bersama
surat ini. (Rujuk Lampiran I)
4. Oleh sebab perjumpaan dengan
saudara-saudari tidak sesuai dilakukan dalam masa terdekat yang disebabkan oleh
ujian pusat pengajian masing-masing, sekali lagi surat diutuskan sebagai media
perhubungan.
5. Komitmen yang ditunjukkan bakal mencetus
perkembangan yang lebih agung di Universiti Sains Malaysia. Demi kawan-kawan
dan negara kita, semoga saudara-saudari menghargai peluang yang tercipta dan
sama-sama kita jayakan sesuatu yang mulia.
Sekian, terima kasih.
Salam Satu Malaysia.
“BERSATU KITA TEGUH,
BERCERAI KITA ROBOH”
__________________
(CHAI RONG YAO)
Ketua/Wakil Pelajar
Tahun 1,
Pusat Pengajian Sains
Pergigian
s.k. : 1. Ketua/Wakil Pelajar Perubatan Tahun
Satu
2. Ketua-ketua/Wakil-wakil Pelajar Sains
Kesihatan Tahun Satu



